Wednesday, November 19, 2008

Alia dapat 5A dalam UPSR !!!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,
Buat pengetahuan semua, Alia (anak Kak Num) dapat 5A dalam keputusan UPSR yang telah diumumkan baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada Alia !!! Yeaaaa!!!!
Semoga Alia dapat masuk sekolah yang elok untuk form 1 nanti & sentiasa cemerlang lagi dimasa-masa yang akan datang.

P.S: Alia kalo nak hadiah datang jumpa Pak Chu. :)

Posted by Mr. Joey (Pak Chu)

Wednesday, November 12, 2008

Bina Kedai Online / Internet dengan NiagaKit

Kedai Online

Okay, iklan jap. Ini adalah berita baik kepada sesiapa yang minat berniaga & ingin menjual barangan di Internet tapi tak tahu macamana nak buat website dan sebagainya. So, hari tu Joey dah buat survey banyak tempat, dan survey punya survey, Joey dah jumpa pakej website yang paling latest dan paling penting yang termurah yang boleh didapati pada masa ini iaitu NiagaKit. Niagakit ini secara keseluruhannya untuk membantu mereka yang menghadapi masalah-masalah seperti berikut:

[1] Tidak tahu membina laman web online/ sistem kedai online.

[2] Cara pembayaran laman web selalunya menyukarkan para pelanggan untuk membeli.

[3] Kesukaran & kerumitan membina laman web selalunya menyebabkan banyak masa kita terbazir begitu sahaja, malah sehingga berhari-hari malah berminggu-minggu lamanya.

[4] 50% Laman Web perniagaan internet yang terdapat di Malaysia tak professional dan tak meyakinkan.

[5] Ramai orang yang baru menceburi bidang Internet mengalami masalah dengan kod-kod web seperti kod PHP, HTML dan sebagainya.

[6] Servis setup kedai online selalunya mencecah sehingga RM1,000 - RM 10,000. Sungguh mahal. Kalo tak caya, boleh gi survey kat web web designer tempatan dan tanya mereka berapa mereka charge untuk kedai-kedai online. Memang makan beribu-ribu ringgit

Tetapi dengan NiagaKit ini, kita akan dapat mengatasi segala masalah-masalah yang sebutkan di atas. Malah, pelbagai faedah yang kita akan perolehi dengan membeli NiagaKit yang hanya terhad kepada 200 orang sahaja.


Kedai Online


CIRI-CIRI (FEATURES)

Antara Ciri-ciri (Features) yang bakal kita perolehi jika membeli NiagaKit adalah sebagaimana berikut :~

[1] Sistem Kedai Online untuk menjual pelbagai produk di internet.

[2] Sistem canggih dan disesuaikan dengan Paypal, Maybank, CIMB dan sebagainya. So kalau customer kita daripada dalam negeri, maka customer tu boleh bayar dengan menggunakan bank-bank tempatan ataupun jika customer kita daripada luar negara, maka dia boleh menggunakan sistem payment seperti PayPal, Google Checkout, ChronoPay, Western Union dan sebagainya. Semuanya akan diintegrasikan didalam kedai online kita

3] Mudah diubahsuai ~ Hanya masukkan gambar dan ubah sedikit setting web sahaja ~ & siap!

[4] Panduan PDF & Video disediakan untuk mengendalikan 'sistem' canggih ini.

[5] Hasil tangan designer professional & web programmer yang pakar.

[6] Boleh add / tambah seberapa banyak item yang kita nak. Sebagai contoh, katakan kita nak jual handbag, ada bermacam-macam handbag yang kita nak jual, boleh letak je dalam website NiagaKit ni. Tiada limit / had !!

[7] Website boleh diubahsuaikan samada kita nak dalam Bahasa Malaysia atau English. Kalo Bahasa Malaysia, sesuai untuk pasaran tempatan dan kalo English, kita boleh target pasaran antarabangsa!

[8] Domain & hosting diberikan secara PERCUMA! Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu domain dan hosting, okay, disini penerangannya. Domain ialah nama bagi kedai kita ataupun alamat kedai kita didalam Internet, so contoh domain ni ialah seperti www.yahoo.com, www.google.com, www.youtube.com --> so, ini semua adalah contoh domain yang dah sedia ada. So nanti bila kita nak buat kedai online kita dengan pakej NiagaKit ni, kita just beritahu jer team NiagaKit ni, domain mcmana yang kita nak, so contoh, kalau kita nak jual kain batik, maka kita boleh mintak domain www.kainbatik.com dan kalau kita nak jual kek ker, kita boleh mintak nama domain seperti www.galerikek.com. So nama domain ni terpulang kepada idea masing-masing ler, tip untuk pilih nama domain ni ialah kita pilih nama yang senang untuk diingat dan senang untuk customer kita menaip dalam internet. Hosting pula adalah lebih kepada servis yang digunakan untuk memaintainkan domain kita, ni kita tak perlu risau sebab untuk tujuan hosting, pihak NiagaKit akan uruskan kesemuanya. Cuma untuk nama domain, kita kena beritahu pihak NiagaKit, nama domain yang macamana yang kita mahukan.

[9] dan yang paling bestnya bila kita ada kedai online di internet nih, kedai kita akan sentiasa open 24 jam, 7 hari seminggu (kedai kita tak pernah tutup!) Time kita tengah tidur pun, kalo ada customer nak membeli, duit tetap masuk jugak!!! Tak payah kita nak susah susah layan customer, kedai online kita sentiasa open & 99% fully automated.

[10] Tak perlu upah pekerja untuk layan pelanggan (so tak perlu bayar gaji bulan2 kepada pekerja)

[11] Tak perlu bayar sewa bulanan untuk tapak perniagaan (cuma kena bayar sewa tahunan iaitu servis untuk memperbaharui lesen domain dan webhosting, itu pun just bayar RM 100 setahun! bukannya bayar bulan-bulan pun. Tapi untuk tahun pertama, caj RM 100 ni dah pun dimasukkan sekali, cuma kena bayar sekali lagi RM 100 selepas tempoh setahun

[12] On-going support akan diberikan didalam forum bagi pelanggan Niagakit, so kalau tak faham, boleh tanya je dalam forum, dan pihak NiagaKit akan cuba menyelesaikan permasalahan yang timbul.

CONTOH WEBSITE

Untuk contoh website yang dah menggunakan perkhidmatan NiagaKit nih, boleh klik kat gambar kat bawah untuk pergi ke website tu. Website-website ni memang cun, nanti dah klik kat gambar kat bawah ni, jangan lupa lak nak datang balik ke blog nih. :)



Amacam? Nampak professional kan website dia? Tu yang penting tu, design pun nampak kemas supaya customer pun yakin untuk membeli

APA NAK JUAL?

So kalau nak difikirkan, banyak produk yang boleh dijual di dalam Internet, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Ada auntie2 yang minat nak jual handbag ker, nak jual kain ker, nak jual gelang ker, aksesori ke, nak jual kek dan amik tempahan kek ke, hah, semua leh masuk dalam NiagaKit nih. Macam ada yang jual peta dalam Internet, ada yang jual tikar, jual keropok, jual buku, jual kek dan memacam lagiler. The possibilities are endless.

Jangan risau, ini bukannya MLM, bukannya HYIP, bukannya pelaburan haram dalam Internet macam Swiss Cash, ABB Fund dan sebagainya tetapi ini adalah sebuah kedai didalam Internet dimana kita adalah tuan kedai tersebut. So, sama macam kedai biasa, cuma bezanya, kita menjual didalam Internet. Itu sebab jangan terkejut ramai pemilik kedai Internet banyak yang melakukannya secara part time sebab mudah untuk dimaintainkan, tak perlu nak duduk depan PC 24 jam untuk menjaga kedai, bila ada customer beli jer, kita akan dapat email yang mengatakan ada sales, dan lepas tu baru kita hantar barang kita kepada customer tu. Ada yang bekerja di siang hari dan pada malam harinya barulah mengadap PC untuk tengok sales pada hari itu.


Kedai Online

P.S: Buat masa ini, NiagaKit ditawarkan dengan harga tawaran yang amat murah dan berpatutan iaitu RM 500 sahaja dan tawaran ni hanya terhad untuk 50 orang yang pertama sahaja. Lepas dah sampai kuota 50 orang, harga bagi pakej NiagaKit ni akan dinaikkan kepada RM 640. tapi tu pun still murah lagi sebenarnya kalo dibandingkan dengan harga servis membuat website di market yang mencecah beribu-ribu ringgit. So untuk penerangan lebih lanjut mengenai NiagaKit ni, boleh klik disini

P.P.S: Ada tak faham, boleh tanya Mr. Joey dengan meninggalkan komen kat sini, okay?

Monday, November 10, 2008

SPM


Assalamualaikum,
Ya, semalam (Hari Isnin) sudah bermulanya peperiksaan yang penting bagi para pelajar tingkatan 5 iaitu SPM, so semoga sesiapa yang sedang mendudukinya dapat menjawab dengan tenang, dan bersabar. So, antara yang sedang menduduki peperiksaan sekarang ini ialah Muhsin, cousin kita, so kita doakan moga Muhsin selamat menjawab soalan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya. Insya Allah.

P.S- Kalo tak tahu nak jawab, call cousin2 yang ada nih. Ahakzz...