Baru-baru ini, sebuah kapal laut kepunyaan MISC telah dirampas oleh lanun di antara perairan Yemen dan Somalia. Kesemua anak kapal telah dijadikan tebusan & setakat ini, telah diketahui sejumlah 39 anak kapal telah dijadikan tebusan yang mana terdiri daripada 29 rakyat Malaysia dan 10 rakyat Filipina.
Kapal tangki Bunga Melati Dua, yang sedang membawa kargo minyak kelapa sawit daripada Indonesia ke Rotterdam, telah diserang & dirampas oleh lanun semasa ia berada di Teluk Aden.
Semoga kita dapat mendoakan keselamatan kesemua anak kapal terutamanya rakyat Malaysia yang berada didalam kapal itu ketika kejadian berlaku & dibebaskan dengan selamat hendaknya. Amin.
Berita selanjutnya boleh dilihat disini.
|