Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan & Hari Merdeka yg ke 51


Assalamualaikum w.b.t kepada semua,

Ya, kita baru je menyambut hari Merdeka yg ke 51 & bulan Ramadhan Al-Mubarak juga telah tiba, so dikesempatan ini marilah kita mengambil kesempatan yang ada (selain berpuasa disiang hari) untuk menambahkan amal ibadat kita, moga apa yang kita kerjakan dibulan yang mulia ini & juga dibulan yang lain mendapat keredhaan Allah s.w.t hendaknya. Amin

Ok, disamping tu, pihak adminz nak menggariskan beberapa panduan untuk blog ini. Ready? Okay, here we go…. J

1. Kewujudan blog ini

Okay, kalo ada diantara sedara2 kita yang masih lagi tak tahu akan kewujudan blog Tampinku ni, sila war war kan kepada mereka supaya kita ramai2 boleh memeriahkan lagi blog ni…. (ni blog yang paling happening sekali kat tampin nih!!!)

2. Posting

Dan untuk para adminz atau webmaster (sodap sikit dengar bunyinya), jikalau korang ada apa2 isi kandungan yang korang rasa menarik untuk diletakkan disini buat tatapan saudara kita semua, tak kisah lah news ker, ada kenduri apa2 ker, baru dapat cahaya mata ker, kucing korang meninggal ker, sila lah letakkan di blog ini, letak je apa-apa yang korang rasa sesuai, username dan password dah diberikan pada hari “pelancaran” blog tampinku pada tempohari (soriler takde makan-makan masa launch tu) , so kalo tak dapat username & password lagi, sila hubungi pihak adminz dan kami akan berikan kepada anda.

Dan masa nak posting tu, diharapkan kandungan yang di posting adalah kandungan yang sesuai (mencarut, 18-SX dan sewaktu dengannya tu semua is Strictly Not Allowed), sebab blog ini ialah family blog, & akan ditatapi oleh generasi2 kita yang akan datang, so harap kandungan yang dipostkan adalah yang tidak melampau. Bak kata Nabil,“Lu pikirlah sendiri!!! ”

So jangan sogan-sogan, masa nilah korang nak mengetengahkan kreativiti korang. Lagi pun blog ini adalah untuk kita semua, so gunakanlah dengan BETUL & sebaik-baiknya.

3. Foto & artikel

Berbalik kepada posting seperti yg telah digariskan oleh adminz, jika anda mempunyai artikel atau gambar / video yg terlalu banyak nak dipostkan di blog ini, anda boleh memberikan link atau url kepada website tu instead of posting here (yelah, kang 2 kali kerja lak, dah upload kat sana, nak upload kat sini plak), sebagai contoh kalo ada gambar yg dah diuploadkan kepada flickr ke, ke fotopages ke, video youtube ke, berikanlah link disini supaya para pelawat boleh pergi melihat kandungan yang anda hendak tunjukkan.

Kalo gambar yg korang nak upload tu besar sangat, sila kecikkan dulu size dia supaya korang upload pun tak mengambil masa yg lama. Seeloknya jika gambar yg diambil dengan menggunakan kamera digital, seeloknya setkan resolution (sebelum mengambil gambar) kepada VGA supaya size dia kecik & senang untuk diuploadkan ke Internet (supaya tak mengambil masa yang lama ketika mengupload)

4. Blog design

Kepada sedara2 yg tech savvy / mahir dalam web design nih (kalo siapa yang ada ada basic programming seperti html, xml atau css dan apa jua ‘script’ juga lebih baik), sila jangan segan nak updatekan design blog ni supaya lebih happening… sebab blog ini memerlukan tenaga kreatif daripada kita semua untuk ia terus hidup. So, kalo yang ada kepakaran dan rajin, boleh lah menceriakan lagi akan rupabentuk blog ini. (Seperti biasa, sebelum korang menggodek / hack blog ni, jangan lupa save template dulu, kang terhuru hara biru lak blog ni jadiknya. J)

5. Subscribe kepada blog ini

Haa, ni antara topik paling penting sekali….Hmmm… ramai lagi yang tak subscribe kepada blog ini. Nak buek camano nih?

Minggu lepas, visitorsnya ada sampai 100 orang, tapi baru 7 orang je yg subscribe, apa cito nih? so… Jangan lupa subscribe kepada blog ini supaya jika ada apa2 news atau update yang terbaru, pihak adminz akan menghantar news / update secara automatik ke email korang, so korang tak payah teragak- agak samada blog in dah update ke belum…. Kepada para cousin semua, kalo ada uncle2 atau auntie kita yang tak faham mcmana nak subscribe, kalo boleh tunjukkanlah pada mereka….

Okaylah setakat ni jer mesej yang hendak disampaikan oleh adminz, kang banyak sangat kang, poning pulak kopalo….

Jika ada apa lagi berita terbaru, akan diupdatekan dari semasa ke semasa, so jangan lupa subscribe kepada blog ini dengan memasukkan email anda ke kotak yang ada kat sebelah kanan tu, (sian kat kotak tu, takde orang nak bagi email kat dia…)

Akhir kata… Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

P.S- Kalo ada apa2 persoalan, boleh ajukan kepada para adminz yang ada….