Saturday, September 13, 2008

Taufan Ike mengganas


Taufan Ike yang telah mengorbankan beratus nyawa di Cuba dan juga dikepulauan Carribean, kini sedang menuju ke Texas. Hampir sejuta orang yang menetap di Galveston (sebuah bandar di tepian pantai Texas) dan juga di kawasan sekitarnya telah diarahkan untuk berpindah ke arah utara, jauh daripada pantai, ke tempat yang lebih selamat. Bukan sahaja Galveston , malah penduduk yg menetap di Houston juga telah diarahkan untuk meninggalkan kediaman masing-masing demi menjauhkan diri daripada taufan itu. Taufan Ike dijangka akan melanda bandar Houston pada hari Sabtu, 13 September 2008, pukul 1 pagi, dan setakat artikel ini ditulis, tiada tanda bahawa taufan itu akan reda.



Taufan Ike dikatakan mempunyai keluasan 600 batu !!! (hampir sama dengan negeri Texas itu sendiri!!!) dan untuk pengetahuan semua, saiz Negeri Texas itu sahaja boleh memuatkan keseluruhan Malaysia, Sabah Sarawak dan juga kepulauan Borneo !!! dan Taufan Ike boleh mencapai kelajuan sehingga 145 batu sejam ataupun bersamaan dengan 230 km sejam! Bayangkan jika taufan yang lebih besar daripada saiz negara Malaysia melanda & malapetaka yang akan menimpa jika penduduk yang menetap dibandar itu tidak dipindahkan!
Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan penduduk di Galveston & juga Houston terutamanya keselamatan saudara Islam kita disana moga Allah jauhkan mereka daripada malapetaka. Amin...

Berita selanjutnya boleh dibaca disini
dan disini