Ya, hari tu Cik Cheda dah meletakkan gambar dia, so sekarang ni Mr. Joey lak nak letak gambar dirinya yg "hencem" & kuarga dia, yelah sementara nak menunggu nak solat Terawih nih....
Okay, Mr. Joey ataupun nama sebenarnya ialah Zul Afia, (kuarga selalu panggil Joey, Jui, Jul) yang panggil Mafia pun ada, serius... biasalah memember kekadang tu buat lawak, tapi kalo panggilan memember kat ofis dulu (dan juga dikalangan anak buah) diorang panggil Pak Cu, tapi kalo panggilan biasa, Zul jelah.
Haaa.... Asal nama Zul Afia ni, korang nak tahu tak macamana asal usul Mr. Joey ni dapat nama Zul Afia? jawapannya ialah....
Lu pikirlah sendiri!!! Hahahaha..... "Semangat yang sangat nih". (Nabil)
Okay, Zul bermaksud "yang mempunyai" dan Afia pulak, datang dari mana?
Okay, seperti mana yg korang tahu, Mr. Joey adalah anak kepada Uncle Arshad dan Nda Lang. Dan nama AFIA tu sendiri sebenarnya adalah gabungan nama daripada huruf A daripada "Arshad" dan huruf F,I,A daripada "Sharifah Safiah" (nama Nda Lang) so jadiklah nama Afia. Ni pun tahu selepas puas meng"interrogate" kedua-dua Uncle Arshad & Nda Lang. Ahakzz...
So kalo nak ditafsirkan nama ZUL AFIA ni, maknanya yang mempunyai mak ayahnya lah, ataupun mempunyai sifat mak ayahnya lah, kan? betul tak? (I'll leave that for you guys to ponder) :) Apa2 pun jangan lupa komen kat bawah tu nanti :)
So nilah gambar tuan punya Zul Afia nih.
Haa.. amacam? Mengancam tak? Masa ni citer Terminator baru kuar kat wayang, tu yang perasan jadi Terminator tu.... "Hasta La Vista, baby".... "Stay Here, I'll be back"... (masa sebut "back" tu, siap bunyi macam qalqalah ckit tu huruf "k" dia tu.)
Sori jika kualiti gambar kurang memuaskan sebab tangkap sendiri. Ye, dan untuk pengetahuan semua, Mr. Joey ni kalo ikut kata omputeh, berstatus "dude". Ahakzz. kalo melayunya "duda" ler. Tu yang omputeh selalu cakap "Wazzzup dude?" tu maknanya "Apa khabar duda?" lah tu. AHakzz, saja berlawak sementara menunggu nak solat Terawih nih.
Mr. Joey dikurniakan dua orang cahaya mata, yang pertama ialah puteri sulung yang bernama Siti Khadijah. Siti Khadijah ni dah masuk dua tahun, (dia cuma tua sebulan je daripada anak Ajeep, Aina). Yang sebab ambil nama Siti Khadijah ni ialah sebab Mr. Joey ni nak sangat anak dia ni berniaga bila besar kelak, sama seperti sifat isteri Rasulullah S.A.W yang pertama iaitu Sayidatina Siti Khadijah yang memang terkenal dizaman Rasulullah dulu dengan kemahirannya berdagang dipelusuk Arab.
Okay, ni ada beberapa keping gambar Siti Khadijah
Tapi pada masa gambar ni diambil, Siti Khadijah belum lagi masuk 2 tahun.

(loghat Kedah sebab anak lahir kat Alor Star, Kedah)





Vroom Vroom... "Ayah, Ayah.... Ayah tengok Siti Khadijah tengah bawak keta ni"



Haa.. ada yang kata anak-anak Mr. Joey ni rupa macam Chinese, yelah apa taknya sebab Mr. Joey punya x-wife punya emak (x-mak mentua) adalah berbangsa Cina. So, adaler kacukan Chinese blood kat situ.
So macam tulah sedikit sebanyak yang dapat Mr. Joey kongsikan bersama kalian semua untuk tatapan kali ini. Doa-doakan untuk kesejahteraan kami sekeluarga dan semoga Mr. Joey dapat bersama jua dengan anak-anaknya. Sian anak2 tak dapat nak bersama dengan ayah dia...
So, di akhir-akhir Ramadhan ni, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amalan kita semoga mendapat keberkatan dan keredhaanNya, Insya Allah.
P.S:-Kepada cousin2 / uncle2 / auntie2 yang lain, kalo ada kelapangan tu, letak lah gambar family korang pulak, leh tahu sedikit sebanyak pasal kuarga korang, ok? Kalo yang single lagi, nak letak gambar gelpren / boipren pun boleh... apa salahnya... :)
P.P.S:- Kalo boleh ceritakan apakah maksud disebalik nama korang dan nama anak korang. (Asal usul nama tu), sebab cousin2 yang lain nak tahu jugak nih.

Siti Khadijah sedang merenung jauh memikirkan nasibnya...
"Bilakah aku akan dapat kembali bertemu dengan ayahku?"